Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sri Aman berpotensi jadi pengeluar utama telur ayam di Sarawak
  • SEMASA

Sri Aman berpotensi jadi pengeluar utama telur ayam di Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie merasmikan Program Bicara Ilmu Potensi Penglibatan Koperasi Luar Bandar di dalam ‘Projek Penternakan Ayam Penelur’ di Rumah Ngumbang Kampung Tuba dekat sini semalam. Foto: IKMA Sarawak

PANTU: Negara memerlukan hampir 1 billion biji telur sebulan bersamaan dengan hampir 12 billion biji telur setahun, kata Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie.

Beliau berkata negara terpaksa mengimport sekitar 10 peratus atau lebih 1 billion telur setahun dari luar negara bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran. Ruang perbezaan ini katanya merupakan potensi yang sangat besar yang perlu direbut oleh penduduk di Daerah Pantu. 

“Disinilah koperasi menjadi tonggak utama yang dapat digunakan oleh anda semua untuk membangunkan sebuah perniagaan yang bermodal besar melalui perkongsian modal bagi memulakan perniagaan tersebut. 

“Disamping itu kaedah ini juga dapat meminimumkan risiko perniagaan. Telur yang dihasilkan nanti bolehlah dipasarkan dalam kalangan penduduk setempat di Daerah Pantu bahkan sehingga ke seluruh Bahagian Sri Aman. Dengan keluasan tanah yang luas Sri Aman boleh menjadi bahagian pengeluar utama telur ayam di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Bicara Ilmu Potensi Penglibatan Koperasi Luar Bandar di dalam ‘Projek Penternakan Ayam Penelur’ di Rumah Ngumbang Kampung Tuba anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak, semalam.

Doris mahu semua pihak perlu bekerja keras untuk memastikan taraf hidup dan sosioekonomi masyarakat di Daerah Pantu khasnya dapat dipertingkatkan.  

“Perkongsian pada hari ini amat bertepatan untuk mencapai matlamat tersebut kerana dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran ini, penduduk kampung melalui koperasi akan mampu memulakan penternakan ayam penelur ini satu hari nanti,” ujarnya.

Daerah Pantu tambah Doris telah menerima pelbagai program dan projek pembangunan dalam sektor pertanian untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk. Salah satu program yang terdapat di Pantu adalah pengeluaran benih padi di ladang benih padi Paya Kudak yang terletak di Kampung Limau. 

Projek ini katanya telah melibatkan 15 hektar tanah dan 21 peserta untuk menghasilkan benih padi berkualiti dan dapat ditanam dua kali setahun.

“Tanaman getah juga turut diusahakan melalui kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak di beberapa kawasan seperti di Gayau dan Limau. Kawasan ini juga terkenal dengan tanaman kelapa sawit, kacang Sacha Inchi, dan buah-buahan seperti Rambutan Anak Sekolah yang telah menembusi pasaran Timur Tengah.

“Untuk meningkatkan pendapatan petani, kerajaan Sarawak juga telah merancang pembinaan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan, dan Pembungkusan (CPPC) di Lachau bagi memudahkan pengumpulan hasil tani dari kawasan ini. 

“Bahkan hasil tempatan dari Pantu seperti buah durian, ikan Tapah, dan udang galah merupakan tarikan utama yang sering menarik perhatian pengunjung selain penganjuran Pesta Pantu yang diadakan setiap tahun telah menjadi acara yang dinanti-nantikan bukan sahaja warga Pantu bahkan dari seluruh Sarawak,” katanya.

Doris berkata semua pencapaian dan perancangan kerajaan serta potensi ekonomi yang beliau nyatakan tadi hanya sia-sia jika penduduk sekitar tidak memanfaatkan kemudahan tersebut dengan sebaiknya. 

“Rebutlah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk membangunkan ekonomi anda dan laksanakanlah usaha tersebut dengan sebaik mungkin, ibarat pepatah ‘genggam bara api biar sampai jadi abu’,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara dijalankan, penuh tradisi ketenteraan
Next: PERKIM terima kepimpinan baharu, Abang Johari ambil alih jawatan Tun Mahathir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.