Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sri Aman akan bangkit
  • SUKAN

Sri Aman akan bangkit

Utusan Sarawak 3 years ago

KESEBELASAN utama pasukan Sri Aman FA.

PENGENDALI Sri Aman FA, Mohd Hairulasfia Hasbi menggesa anak-anak buahnya bangkit ketika turun menentang Serian FA dalam kempen Liga SSC-FAS 2022 di Kompleks Sukan Sri Aman pada Sabtu ini.

Beliau juga berharap pemain belajar daripada kesilapan selepas tewas 0-1 kepada Samarahan FA pada perlawanan Piala Sumbangsih minggu lepas.

“Ini peluang terbaik kita untuk mengubat kehampaan selepas tewas pada aksi perlawanan Piala Sumbangsih, Ahad lalu.

“Saya harap pemain tidak akan mempersia-siakan peluang keemasan ini untuk mengutip tiga mata penuh, dimana kita akan menjadi tuan rumah menunggu kunjungan Serian FA, Sabtu ini,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Hairulasfia berkata tiada yang mustahil untuk skuad Sri Aman FA itu merealisasikan tiga mata penuh, jika pemainnya memberikan aksi terbaik dan memberi fokus sepanjang tempoh 90 minit perlawanan itu nanti.

“Saya percaya pasukan kita akan bangkit untuk menemui sentuhan kemenangan pada petang Sabtu nanti.

“Atas kertas kami menghormati skuad Serian FA, namun misi kami tetap membara untuk memburu kemenangan sekali gus melakukan kejutan lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri petang Sabtu ini,” ujarnya.

Hairulasfia berkata strategi berbeza bakal digunakan berbanding ketika bertemu Samarahan FA, tapi pada masa sama beliau juga perlu berwaspada bagi mengelak dijerat pihak lawan sekali lagi.

“Saya harapkan barisan pemain yang diturunkan nanti dapat menyaingi kekuatan pemain lawan selain menuntut jentera tengah lebih kreatif mencipta gerakan manakala barisan penyerang dapat memanfaatkan peluang dengan jaringan,” tambahnya yang dibantu oleh John Ali.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Masa depan sukan tinju cerah
Next: Skuad tinju mampu lakar kejutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.