Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM terima laporan terhadap bekas menteri
  • NASIONAL

SPRM terima laporan terhadap bekas menteri

Utusan Sarawak 5 years ago

GEORGE TOWN, 3 Jun -- Aktivis masyarakat Mohsin Abdul Latif menunjukkan dokumen sebelum membuat laporan terhadap seorang bekas menteri dan bekas peguam negara kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

AKTIVIS masyarakat Mohsin Abdul Latif menunjukkan dokumen sebelum membuat laporan
terhadap seorang bekas menteri dan bekas peguam negara kerana didakwa melakukan
salah guna kuasa ketika dalam kerajaan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini semalam. • Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang semalam menerima satu laporan yang dibuat terhadap seorang bekas menteri dan bekas peguam negara, kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan.

Laporan itu dibuat aktivis masyarakat Mohsin Abdul Latif, di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di   Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini.

“Setelah membaca kandungan surat yang tular semalam, saya beranggapan keputusan bekas peguam negara telah dipengaruhi oleh bekas menteri itu.

“Justeru, saya memohon pihak SPRM menyiasat, sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa dalam perkara itu atau tidak,”   katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan tersebut.   Mohsin turut diiringi seorang lagi aktivis masyarakat Mohamad Amin Abdul Kadir.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Lim Bee Kean ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Banjir jejas sambutan Gawai Dayak
Next: Sambutan Hari Gawai Ulu Sibuti sunyi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.