Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPR jamin tiada pengundi hantu
  • NASIONAL

SPR jamin tiada pengundi hantu

Utusan Sarawak 5 years ago

SANDAKAN, 25 Sept -- Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya memeriksa kotak undi ketika persiapan bagi proses mengundi Pilihan Raya Negeri esok sebelum diagihkan kepada ketua tempat mengundi di Dewan Masyarakat Sandakan hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA


PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya memeriksa kotak undi ketika persiapan bagi proses mengundi Pilihan Raya Negeri hari ini sebelum diagihkan kepada ketua tempat mengundi di Dewan Masyarakat Sandakan semalam.• Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tiada pengundi hantu pada pengundian Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini. 

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, kesemua data pemilih yang didaftarkan pihaknya diperoleh dari Jabatan Pendataran Negara (JPN).

“Maknanya mereka terdiri dari warga Malaysia, jadi tidak timbul ada pengundi halimunan dan sebagainya, data kita adalah data rasmi dengan semua mereka yang kita daftarkan adalah warganegara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan di pusat penjumlahan rasmi undi N26 Moyog di Pusat Kebudayaan Penampang, dekat sini semalam.

Katanya, setakat ini persiapan akhir bagi hari pengundian berjalan lancar di seluruh negeri dan meminta pengundi untuk tidak lupa membawa kad pengenalan selain mengikuti jadual masa mengundi yang disarankan.

Abdul Ghani berkata, pihaknya juga menggunakan sebanyak 20 unit helikopter bagi membawa peti undi ke kawasan-kawasan pedalaman di negeri itu.

Jelasnya, antara kawasan terlibat ialah di Sekolah Kebangsaan Saliliran di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan dan Pulau Dinawan yang terletak di DUN Sulabayan.

“Sekiranya cuaca tidak mengizinkan untuk helikopter bergerak, kita akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau bot bagi memastikan semua peralatan pilihan raya sampai ke lokasi,” katanya.

Berhubung keputusan penuh pilihan raya, Abdul Ghani berkata ia bergantung kepada Pegawai Pengurus (RO) di kawasan masing-masing.

“Kalau boleh 10.00 malam sudah ada keputusan penuh tapi bergantung kepada kesemua RO…kalau awal kita dapat maklumat, keputusan dapat kita maklumkan dengan awal,” katanya.

Seramai 1,088,711 orang daripada 1,103,646 orang pengundi biasa layak mengundi esok manakala seramai 14,935 orang telah mengundi secara pos. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dakwah Islamiah perlu ikut peredaran semasa
Next: Segalanya kini terserah kepada rakyat Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.