Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sophie ‘ceroboh’ Rumah Putih, tarik perhatian media
  • GLOBAL

Sophie ‘ceroboh’ Rumah Putih, tarik perhatian media

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KORESPONDEN Rumah Putih USA Today Francesca Chambers memegang seekor kucing bernama Sophie di luar Rumah Putih selepas dia ditemui berjalan melintasi North Lawn pada 18 April 2025 di Washington, DC. Foto AFP

WASHINGTON: Seekor kucing menarik perhatian media apabila ia ‘menceroboh’ kawasan utara Rumah Putih yang dikawal ketat di Washington pada Jumaat.

Kehadiran haiwan peliharaan berwarna kelabu dan bermata hijau itu, dikenali sebagai Sophie, dirakam para wartawan dan dikongsi di media sosial.

Dengan bantuan kakitangan Rumah Putih, pemilik Sophie akhirnya berjaya dikenal pasti.

Kucing itu bahkan sempat berada seketika di dalam bilik taklimat yang terkenal, lokasi para wartawan lazimnya mengajukan soalan kepada jurucakap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Karoline Leavitt, lapor agensi berita Jerman dpa.

SEEKOR kucing bernama Sophie berjalan melintasi Rumput Utara Rumah Putih pada 18 April 2025 di Washington, DC. Foto AFP

Seorang wartawan di platform X memaklumkan penemuan itu serta menjelaskan bahawa Sophie memakai kolar dan berkemungkinan dilengkapi peranti penjejak ‘Airtag’ — alat kecil yang membolehkan lokasi haiwan atau objek dikesan menerusi telefon pintar.

Dalam sebuah video, seorang wartawan dilihat mendukung Sophie sambil bergurau bahawa kucing itu “mungkin membawa peranti pendengaran.”

Sophie akhirnya berjaya dipulangkan kepada pemiliknya.

SEORANG wartawan memegang seekor kucing bernama Sophie. Foto AFP

Kawasan sekitar Rumah Putih merupakan antara lokasi paling ketat kawalan keselamatannya di dunia.

Perkhidmatan Rahsia AS (Secret Service) memantau setiap pergerakan, dibantu kamera dan penghadang keselamatan yang beroperasi sepanjang masa.

Namun baru-baru ini, seorang kanak-kanak kecil tersesat, dipercayai merangkak melalui pagar Rumah Putih tanpa disedari.

Dia segera dipulangkan kepada ibu bapanya oleh pihak keselamatan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Venice naikkan bayaran masuk harian kepada €10
Next: Arab Saudi kuat kuasa permit masuk Makkah bermula 23 April untuk musim haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.