Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SOP aktiviti keagamaan dibentang minggu depan
  • NASIONAL

SOP aktiviti keagamaan dibentang minggu depan

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 15 Mei -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada pemberita selepas mengadakan sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap
kepada pemberita selepas mengadakan sidang media harian perkembangan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Cadangan berhubung prosedur operasi standard (SOP) aktiviti keagamaan secara berkumpulan di rumah ibadat bagi agama lain akan dibentangkan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)   selewat-lewatnya Selasa depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP itu akan dibentangkan oleh   Menteri Perpaduan Negara   Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau   berkata, selepas kerajaan memberi kelonggaran dengan SOP tertentu untuk umat Islam beribadat di masjid, penganut agama lain turut memohon supaya mereka turut diberi kelonggaran yang sama dengan mengikut SOP ditetapkan.

“Menteri Perpaduan Negara diarahkan pada mesyuarat Kabinet untuk melihat perkara ini dan berbincang dengan wakil kepimpinan lima agama yang terbesar di negara ini selain Islam iaitu Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, dan Taoism.

“Saya difahamkan Menteri Perpaduan akan membentangkan cadangan mereka pada hari esok dalam mesyuarat khas menteri-menteri atau selewat-lewatnya pada Selasa depan dan selepas itu kita akan membuat keputusan,” katanya pada sidang media harian perkembangan PKPB di sini semalam.

Mengenai perjalanan hari pertama selepas kerajaan memberi kelonggaran kepada masjid, surau Jumaat dan surau terpilih untuk melaksanakan solat Jumaat dan solat jemaah bermula semalam Ismail Sabri berkata, laporan penuh akan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Jika terdapat ketidakpatuhan, mungkin kita terpaksa meletakkan polis atau mana-mana anggota beruniform bagi memastikan kepatuhan itu dilaksanakan,” katanya.

Berhubung laporan media bahawa terdapat jemaah yang telah bersolat di perkarangan masjid (Masjid Negara), beliau berharap semua pihak mematuhi SOP yang dikeluarkan.

Ismail Sabri berkata, SOP solat Jumaat dan solat jemaah sudah dikeluarkan dan apabila keputusan SOP itu dipersetujui, bermakna ia   dibuat melalui persetujuan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.

“Bagi negeri yang tiada Sultan atau Raja, ia   dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dipersetujui, manakala di negeri-negeri lain ia dipersembahkan kepada sultan atau raja negeri berkenaan sebagai ketua agama Islam.

“Jadi tidak boleh sewenang-wenangnya ubah SOP, jika SOP kata 30 jemaah dalam masjid, tak bolehlah jadi 60 jemaah untuk bersembahyang di luar masjid dan sebagainya,” katanya.

Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan walaupun kebenaran baru diberikan untuk masjid dan surau dibuat untuk beribadat, namun jika banyak kawasan yang melanggar SOP tidak mustahil kebenaran itu ditarik balik.

“Tapi jika hanya ada kes-kes terpencil, mungkin   masjid berkenaan akan diberi nasihat supaya mematuhi SOP yang berkenaan dan tidaklah kita menarik semua kelulusan kita kepada masjid-masjid yang patuh pada SOP,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sultan Sallehuddin terima menghadap 23 ADUN
Next: Suami isteri jumpa mortar dalam rumah sewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.