Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokongan moral untuk warga emas
  • TEMPATAN

Sokongan moral untuk warga emas

Utusan Sarawak 2 months ago
BUKTI KEPRIHATINAN… Datuk Rubiah Wang menyanyuni warga emas semasa Jelajah Amal Wanita Parlimen Kota Samarahan Zon Asajaya
di Kampung Moyan Laut. -Foto UKAS

ASAJAYA: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkesempatan menziarahi dua keluarga dalam Jelajah Amal Wanita Parlimen Kota Samarahan Zon Asajaya di Kampung Moyan Laut bagi menyantuni dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang memerlukan.

Dalam lawatan pertama, beliau mengunjungi rumah mantan Penghulu Kampung Moyan Rosli Ahim, yang kini menghidap penyakit penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi manakala isterinya, Kassom Pa’ie, turut mengalami masalah kesihatan akibat diabetes yang menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong dan kini memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau kemudian menziarahi Denan Bujang dan isterinya, Sakiah Etai, yang dahulunya aktif dalam persatuan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Difahamkan, keadaan kesihatan mereka berdua kini semakin merosot sehingga menyukarkan pergerakan dan aktiviti harian.

Turut serta, Penolong Pegawai Daerah Asajaya, Hasanah Bujang, Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Asajaya Mahani Sahari dan Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang. -UKAS

Continue Reading

Previous: Ayuh meriahkan Pesta Gedong
Next: SEDC kongsi rezeki, imarahkan bulan mulia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.