Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SMART SBB mampu bantu capai sasaran SSL beras negara
  • NASIONAL

SMART SBB mampu bantu capai sasaran SSL beras negara

Utusan Sarawak 2 years ago

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menjawab pertanyaan ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bakal membantu negara mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL) beras dalam beberapa tahun akan datang, menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata sehingga kini, pelaksanaan program itu melibatkan kerjasama 27 syarikat peneraju yang terdiri daripada pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), koperasi pesawah dan syarikat swasta dengan keluasan kawasan lebih 11,000 hektar di seluruh negara serta melibatkan kira-kira 5,000 peserta program.

“Dengan sambutan penyertaan pesawah yang semakin memberangsangkan dan peningkatan hasil daripada pesawah sehingga mencapai 180 peratus, ia jelas menunjukkan pelaksanaan program ini berada pada landasan yang betul dan mampu mencapai kesemua sasaran yang telah digariskan.

“… perubahan bentuk baja perlu diusahakan setiap waktu terutama (penggunaan) baja berbentuk organik yang sekarang diperkenal dan digunakan bagi menambahkan hasil nyata yang kita lihat berlaku sekarang,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang bertanyakan status terkini program SMART SBB.

Mohamad berkata program SMART SBB telah diperkenalkan kerajaan pada Februari 2021 dengan sasaran pelaksanaan program seluas 150,000 hektar kawasan bertanam dan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan metrik per hektar.

Program ini bertujuan membantu pencapaian sasaran kadar SSL beras negara kepada 75 peratus menjelang tahun 2025 dan 80 peratus menjelang 2030.  – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelitup muka bukan perubatan dengan standard perakuan dikuat kuasa 1 Julai
Next: Cukai vape boleh dilaksanakan selepas KKM teliti isu perundangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.