Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SM Wong Nai Siong, SJK Tung Hua muncul juara
  • SUKAN

SM Wong Nai Siong, SJK Tung Hua muncul juara

Utusan Sarawak 3 years ago

SEKOLAH Menengah (SM) Wong Nai Siong dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tung Hua muncul juara sekolah menengah dan sekolah rendah Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Bahagian Sibu baru-baru ini.

Naib johan kategori sekolah menengah dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Lima dan SMK Tung Hua di tempat ketiga.

Sementara, SJK Tiong Hin diumumkan naib johan kategori sekolah rendah dan SJK Chung Sing menduduki tempat ketiga.

SM Wong Nai Siong meraih johan dalam kategori Perempuan 18TKB, naib johan kategori Lelaki 18TKB dan Lelaki 15TKB, diikuti tempat ketiga kategori Perempuan 15TKB.

SJK Tung Hua cemerlang meraih johan dalam kategori Lelaki 12TKB dan naib johan kategori Perempuan 12TKB.

Sebanyak 17 sekolah rendah dan 19 sekolah menengah di bahagian Sibu telah menyertai kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.

Kejohanan tahun ini adalah  anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu dan SMK Bandar Sibu.

Kejohanan Catur MSS Negeri Sarawak dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 29 Julai di Padawan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, Kong Chiong Hui.

Turut hadir Pegetua SMK Bandar Sibu, Chee Hue Yiang.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Sarawak tampil cemerlang
Next: Sekadar tempat kelima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.