Skuad takraw masih menunggu

Facebook
WhatsApp

SKUAD sepak takraw Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak kini masih lagi menunggu arahan untuk kembali menyambung sesi latihan seperti biasa.

Pengurus Pasukan, Abdul Hamid Sulaiman memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang perkeliling daripada pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Tegasnya, sebab itu belum dapat memberi bayangan tarikh untuk pemain kembali menyambung latihan seperti sedia kala.

“Buat masa ini masih menunggu arahan daripada pihak MSNS untuk pemain kembali ke gelanggang menjalani latihan,” ujar beliau ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Sambil mengakui perancangan awal pihaknya cuba menyambung latihan membabitkan para pemain sama ada awal Ogos ataupun September.

“Latihan pemain sudahpun berlangsung sebelum ini yang dijalankan di Stadium Tertutup Miri.

“Bagaimanapun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, ia tertangguh sehingga kini,” tambah beliau lagi.

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan

Arsenal dibelasah Brighton, Spurs tewas lagi

LONDON, United Kingdom: Permulaan sempurna Arsenal dalam mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir selepas dibelasah 3-0 oleh Brighton pada

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan