Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SKM peruntuk RM5 juta bantuan pembangunan koperasi tahun ini
  • NASIONAL

SKM peruntuk RM5 juta bantuan pembangunan koperasi tahun ini

Utusan Sarawak 2 years ago

Peruntukan itu selaras dengan sasaran pihak SKM untuk memastikan lebih 6,000 masjid termasuk surau dan institusi tahfiz mempunyai koperasi sendiri.

PASIR PUTEH: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan RM5 juta untuk membantu institusi masjid, surau dan pusat tahfiz mengembangkan aktiviti perniagaan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Naib Pengerusi Eksekutif Dasar dan Pembangunan SKM Amran Abd Kadir berkata, peruntukan itu selaras dengan sasaran pihaknya untuk memastikan lebih 6,000 masjid termasuk surau dan institusi tahfiz mempunyai koperasi sendiri.

“Pada masa ini hanya 501 masjid dan 48 surau sudah menubuhkan koperasi yang jumlah itu masih terlalu kecil.

“Daripada jumlah itu pula, sebanyak 30 masjid di Kelantan telah menubuhkan koperasi mereka dengan keseluruhan aset bernilai lebih RM1.14 juta,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemerkasaan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Kelantan di Masjid Sri Aman di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Amran berkata melalui koperasi pelbagai aktiviti ekonomi dapat dilakukan bagi membantu ahli kariah masjid selain keuntungannya dapat mengisi tabung kebajikan masjid.

“Antara aktiviti yang perlu diberi keutamaan berasaskan keperluan masyarakat setempat termasuk penyewaan galeri pengantin, kedai gunting rambut selain kedai runcit.

“Pihak SKM  bersedia membantu koperasi terbabit untuk mengembangkan kegiatan itu dengan pelbagai bentuk bantuan dan pinjaman kewangan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ujian teori lesen Vokasional PSV, GDL dimansuhkan
Next: Keracunan Ikan Buntal: Laporan makmal dijangka siap tiga minggu lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.