Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SJKC Hua Kee perkukuh ilmu keselamatan melalui ceramah bomba
  • Tengah
  • WILAYAH

SJKC Hua Kee perkukuh ilmu keselamatan melalui ceramah bomba

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AKTIVITI ceramah dan demonstrasi dijalankan bersama warga SJKC Hua Kee. FotoBBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 37 warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Kee telah menyertai program ceramah pencegahan kebakaran yang dianjurkan, semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, program yang bermula pada 8.30 pagi itu melibatkan penyertaan 25 murid, sembilan guru dan tiga kakitangan sokongan sekolah.

“Antara pengisian utama program ialah ceramah berkaitan pencegahan kebakaran, taklimat pengungsian bangunan dalam situasi kecemasan, serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi.

Program yang dikendalikan oleh dua anggota bomba ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak bomba dalam mendidik masyarakat, khususnya warga sekolah, mengenai langkah-langkah keselamatan asas dalam menghadapi situasi kebakaran.

“Latihan dan ceramah seperti ini amat penting kerana ia membolehkan warga sekolah bertindak pantas dan selamat sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini,” tambahnya.

Program selama dua jam itu berakhir pada 10.30 pagi dengan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penubuhan Persatuan Bekas Staf RASCOM (Awam) Sibu diluluskan oleh ROS
Next: Tebuan musnah, bomba bertindak pantas di Taman Susur Jambu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.