Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SJK (C) Sing Ming terima peruntukan RTP RM53,000
  • TEMPATAN

SJK (C) Sing Ming terima peruntukan RTP RM53,000

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAUAN… Dato’ Sri Huang Tiong Sii turun padang meninjau Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sing Ming, baru-baru ini.

SARIKEI: Peruntukan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 sejumlah RM53,000 diperuntukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sing Ming.

RTP 2020 tersebut disalurkan untuk kegunaan menaik taraf infrastruktur sekolah.

Huang sangat prihatin dan mementingkan aspek pendidikan termasuk pembangunan kemudahan di sekolah-sekolah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok.

Beliau bersama pasukan dari Pusat Khidmat DUN Repok sering turun padang ke setiap sekolah di kawasan Repok untuk bertemu dengan pihak sekolah dan mengetahui dengan lebih terperinci bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah.

Baru-baru ini, Huang telah mengadakan tinjauan dan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sing Ming bagi melihat sendiri perkembangan projek RTP.

Pada 2017, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sing Ming telah mendapat peruntukan sebanyak RM201,400 di bawah projek RTP 2017 untuk membina gelanggang berbumbung.

Oleh itu, pihak sekolah amat berterima kasih kepada Huang yang sentiasa berusaha memohon peruntukan untuk pembangunan sekolah.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: PETRONAS hulur bantuan kepada 56 murid
Next: Sarawak iktiraf NCR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.