Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Siti Khadijah kembangkan operasi ke Singapura, buka butik pertama di Arab Street
  • BISNES

Siti Khadijah kembangkan operasi ke Singapura, buka butik pertama di Arab Street

Utusan Sarawak 2 years ago
Kumpulan Siti Khadijah telah membuka butik di Arab Street, Singapura, kelmarin.

SINGAPURA: Kumpulan Siti Khadijah, syarikat Malaysia yang mengeluarkan telekung serta barangan gaya hidup seharian mengembangkan operasi perniagaannya ke Singapura iaitu negara ketiga selepas Malaysia dan Indonesia. 

Menurut kumpulan tersebut dalam satu kenyataan, ia telah membuka butik di Arab Street, Singapura, kelmarin.

Katanya, Siti Khadijah berkembang menjadi jenama nasional terkemuka sambil merintis pasaran khusus untuk telekung di Malaysia dengan pembukaan lebih daripada 49 butik di Malaysia, tiga butik di Indonesia dan satu di Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Mohammad Munzir Aminuddin berkata, jenama ini berhasrat untuk mendekatkan produk ini kepada rakyat Singapura serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara tersebut.

Diasaskan pada 2019 oleh Padzilah Enda Sulaiman, Siti Khadijah menumpukan kepada penghasilan pakaian solat yang inovatif dengan reka bentuk muka yang dicipta oleh jenama itu sendiri.

Menurut kenyataan itu, Siti Khadijah akan memberi tumpuan untuk meningkatkan perniagaan dan pertumbuhannya terutamanya di pasaran antarabangsa, bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, malah di seluruh dunia.

“Pasaran yang semakin berkembang dan kesesuaian jenama yang kukuh menyediakan asas baik untuk Siti Khadijah mempertingkat pertumbuhan omnichannel atau semua saluran di seluruh dunia,” katanya.

Selain telekung, jenama ini turut mengeluarkan antaranya pakaian lelaki dan wanita, hijab, sejadah dan bag yang boleh didapati di butik yang baru dibuka di Singapura.

Sepanjang tempoh pelancaran, pelanggan Siti Khadijah Singapura boleh menikmati baucar bernilai S$20 dengan perbelanjaan minimum S$100 dalam satu resit di butik ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Unit Ibraco peroleh projek pembinaan jalan raya di Sarawak bernilai RM529.83 juta
Next: BNM, Bank Indonesia, Bank of Thailand perluas kerjasama, transaksi mata wang tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.