Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sistem pendidikan perlu fleksibel
  • TEMPATAN

Sistem pendidikan perlu fleksibel

Utusan Sarawak 5 years ago
PERASMIAN… Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidangan ekonomi digital antarabangsa Sarawak 2020 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

KUCHING: Sistem pendidikan di Sarawak mesti fleksibel dalam usaha bagi mendorong masyarakat khususnya orang muda menguasai Bahasa Inggeris sekiranya Sarawak menerapkan ingin mengorak langkah ke arah ekonomi digital, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kita tidak dapat nafikan bahawa bahasa yang digunakan dalam teknologi kepintaran buatan (AI) terkini adalah bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris.

“Ini sebabnya mengapa kita di Sarawak mendorong masyarakat terutamanya golongan muda menguasai Bahasa Inggeris sepenuhnya, meskipun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu.

“Oleh sebab itu, sistem pendidikan di Sarawak perlu fleksibel untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri yang bergerak ke hadapan ke arah ekonomi digital.

Beliau berkata demikian pada Penutupan Persidangan ekonomi digital antarabangsa Sarawak 2020 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam.

Beliau berkata, dalam perspektif Sarawak, negeri ini mempunyai banyak data geologi dan semula jadi tetapi tidak mempunyai pengetahuan untuk memproses data tersebut.

“Data adalah kunci yang harus dianalisis untuk menghasilkan sesuatu produk.

“Dengan kata lain kita harus menggunakan proses AI supaya kita dapat menganalisis dan memantau data dan sekali gus dapat  mendorong ke arah pembangunan ekonomi.

Abang Johari turut percaya bahawa Sarawak perlu membuka luas pintunya kepada pakar yang berkaitan dari seluruh dunia untuk berkongsi ilmu.

“Landasan yang kita terajui ini akan mengubah Sarawak menjadi sebuah pemain global dalam bidang kepakaran teknologi,” katanya.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan 3G, 4G diperluaskan ke luar bandar
Next: JKKK disaran tubuh Biro Pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.