Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura tubuhkan Singapore GasCo untuk pemusatan bekalan gas asli
  • GLOBAL

Singapura tubuhkan Singapore GasCo untuk pemusatan bekalan gas asli

Utusan Sarawak 2 days ago

SINGAPURA: Singapura menubuhkan sebuah entiti baharu, Singapore GasCo bagi memusatkan perolehan dan pembekalan gas asli bagi sektor tenaga negara itu — satu pencapaian penting dalam perjalanan peralihan tenaganya.

Penguasa Pasaran Tenaga (Energy Market Authority) dan Singapore GasCo dalam kenyataan bersama pada Rabu memaklumkan entiti milik penuh kerajaan itu ditubuhkan untuk memanfaatkan skala ekonomi, memperoleh syarat kontrak gas yang lebih menguntungkan, mendapatkan bekalan gas asli daripada pelbagai sumber serta menandatangani kontrak jangka panjang bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga.

“Singapore GasCo akan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem tenaga yang selamat, berdaya tahan dan berdaya saing dari segi kos, selaras dengan usaha kita menuju masa depan yang lebih mampan,” menurut kenyataan itu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pavilion Energy Alan Heng dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Singapore GasCo.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 37 tahun dalam sektor tenaga, termasuk dalam bidang gas asli, dan pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan membabitkan perancangan, operasi dan pemasaran sepanjang 23 tahun berkhidmat di ExxonMobil.

Pada masa ini, gas asli menyumbang kira-kira 95 peratus daripada penjanaan elektrik di Singapura.

“Dalam usaha kita untuk mencapai matlamat sifar bersih menjelang 2050, gas asli akan terus memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan tenaga dan menyokong peralihan yang teratur,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Continue Reading

Previous: China setuju bincang dengan AS tentang ‘perang tarif’
Next: Angka kematian serangan peluru berpandu India, meningkat 26 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.