Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura rekodkan kematian ke-22
  • GLOBAL

Singapura rekodkan kematian ke-22

Utusan Sarawak 5 years ago
ORANG ramai beratur mengamalkan penjarakan sosial sebelum memasuki pusat beli belah Mustafa Center di Singapura.• Foto AFP

SINGAPURA: Singapura yang mengumumkan 1,094 kes dibenarkan keluar hospital semalam, melaporkan satu lagi kematian melibatkan seorang warga emas, menjadikan jumlah kematian kepada 22.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu memaklumkan kes kematian terkini melibatkan seorang lelaki Singapura berusia 67 tahun yang meninggal dunia pada Jumaat lepas di Hospital Besar Sengkang.

Warga emas itu yang merupakan kes 1,516 disahkan dijangkiti Covid-19 pada 7 April lepas dan mempunyai sejarah penyakit jantung iskemik, hipertensi dan hiperlipidemia.

Singapura melaporkan dua kematian pertama akibat Covid-19 pada 21 Mac.

Semalam, republik itu mengesahkan 465 kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 27,356.

Kementerian Kesihatan memaklumkan bilangan kes yang lebih rendah semalam adalah disebabkan hanya sedikit ujian diproses kerana satu makmal ujian sedang mengkaji prosesnya berikutan masalah penentukuran alat untuk kit ujian dan memerlukan masa untuk meningkatkan kemampuan pengujiannya.

Daripada 465 kes itu, tiada kes import dilaporkan, lima kes adalah dalam kalangan komunti, tiga kes melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama dan 457 pekerja asing di asrama.

Pada masa ini, terdapat 1,111 kes yang disahkan masih berada di hospital dan kebanyakannya stabil atau bertambah baik manakala 16 kes berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, menurut kenyataan itu.

Sebanyak 17,881 kes dengan gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi positif ujian Covid-19 diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Republik itu juga mengenal pasti tiga lagi kluster baharu semalam, manakala kluster terbesar, S11 Dormitory @ Punggol merekodkan 2,569 kes yang disahkan setakat ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Thailand mula fasa kedua perintah berkurung
Next: WHO lancar akses data, rawatan untuk semua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.