Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura peroleh dua lagi kapal selam kelas Invincible
  • GLOBAL

Singapura peroleh dua lagi kapal selam kelas Invincible

Utusan Sarawak 2 days ago
KAPAL selam pertama kelas Invincible. FOTO file

SINGAPURA: Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) telah menandatangani kontrak dengan Thyssenkrupp Marine Systems dari Jerman untuk memperoleh dua lagi kapal selam kelas Invincible, menjadikan jumlah armada kapal selam negara itu kepada enam.

MINDEF dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa dua kapal selam tambahan itu dijangka diserahkan mulai 2034 sebagai sebahagian daripada program pembaharuan armada kapal selam Tentera Laut Republik Singapura (RSN) bagi memenuhi keperluan operasi.

“Disesuaikan oleh Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan mengikut keperluan Singapura, kapal selam kelas Invincible direka untuk beroperasi di perairan tropika yang cetek dan sibuk serta dikendalikan oleh kru khusus RSN yang terlatih.

“Pemerolehan dua kapal selam tambahan itu akan meningkatkan lagi keupayaan RSN dalam melindungi laluan maritim negara,” menurut MINDEF.

Perolehan itu sebelum ini telah diumumkan oleh kementerian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan 2025 di Parlimen.

MINDEF turut memaklumkan bahawa dua daripada empat kapal selam kelas Invincible sedia ada, RSS Invincible dan RSS Impeccable telah ditauliahkan pada September 2024.

“Ujian dan proses penerimaan bagi kapal selam ketiga dan keempat, Illustrious dan Inimitable sedang berjalan lancar di Jerman dan kedua-duanya dijangka tiba di Singapura menjelang 2028,” tambah MINDEF. — Bernama

Continue Reading

Previous: Putin, Xi adakan perbinangan di Moscow sempena sambutan hari kemenangan
Next: Tentera Pakistan musnahkan 12 dron India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.