Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sindiket emas palsu tumpas di Miri, empat ditahan, barang bernilai RM15,000 dirampas
  • JENAYAH

Sindiket emas palsu tumpas di Miri, empat ditahan, barang bernilai RM15,000 dirampas

Utusan Sarawak 2 months ago
DIRAMPAS… Antara barang yang dirampas daripada suspek. Foto IPD Miri

MIRI: Seorang lelaki dan tiga wanita disyaki terlibat dalam aktiviti menjual serta menggadai emas palsu telah ditahan polis dalam satu operasi di sebuah premis di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah sekitar 6.00 petang.

“Hasil operasi tersebut, polis turut merampas beberapa telefon bimbit, resit pembelian emas, pasport, salinan kad pengenalan milik individu berbeza, pakaian, jam tangan, barang kemas disyaki palsu serta sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan, tidak termasuk kenderaan, dianggarkan berjumlah RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Alexson, keempat-empat suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, serta sebatan dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ahli perniagaan rugi RM110,000 diperdaya wang nombor ramalan
Next: Rampasan 4,000 liter diesel bernilai RM108,000 di Miri, suspek ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.