BEKAS juara, Simona Halep tiba di Terbuka Perancis yang dijadualkan semula sebagai pemain yang harus ditumpaskan dalam undian wanita dengan penyandang gelaran Ashleigh Barty dan pemenang Terbuka AS baru-baru ini Naomi Osaka tidak beraksi.
Serena Williams tidak boleh diketepikan ketika dia memburu kejuaranan untuk meraih gelaran Grand Slam ke-24 walaupun Roland Garros adalah trofi yang kurang diraihnya dengan hanya bersandarkan tiga kejuaraan iaitu pada 2002, 2013 dan 2015.
Garbine Muguruza, yang mengalahkan Williams pada final 2016, adalah pencabar lain sementara bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka berharap dapat meneruskan momentum mara saingannya ke final Terbuka AS dapat diteruskan di gelangang tanah liat.
Naib juara tahun lalu, Marketa Vondrousova sekali lagi akan cuba beraksi baik di Paris selepas mendapat semula sentuhan dalam saingan Terbuka Itali minggu lalu, apabila berjaya mara ke separuh akhir sebelum tumpas kepada rakan senegara, Karolina Pliskova.
Pemain rangking keempat dunia terpasa menarik diri selepas set pertama yang dimenangi Simona selepas kecederaan di bahagian paha, yang meneruskan kemenangang 14 perlawanan berturut-turut dan merangkul kejuaraan kedua sejak saingan tenis bersambung semula.
Pliskova yang diletakkansebagaipilihankedua di Paris berkata, Simona sudahpastinyaakanmenjadipilihanutamauntukmunculjuara.
“Saya rasa diaakanpilihanutamauntukmunculjuarabagisainganwanitakeranaberdasarkancorakpermainannya. Diasudahmunculjuara di gelanggangtanahliat Prague. Diaakanmunculjuara di kejohananini.
“”Jadi saya rasa dia yakin. Pasti dia akan berbahaya.
“Saya tahu cuaca tidak begitu baik di Paris, jadi saya rasa syarat seperti bermain permainan agresif terhadapnya akan menjadi sangat sukar,” kata Karolina.
Simona, yang munculjuara di Dubai sebelumsaingantenisditangguhkanselamalimabulan, menggunakankesempatanuntukmempersiapkandiridariaspekkecergasan.
“Saya rasa saya lebih dewasa. Pandemik itu membawa saya di tempat yang saya impikan,” katanya kepada WTA Insider.
“Saya lebih santai kerana saya dapat melihat bahawa perkara yang paling sukar adalah kehidupan secara umum, bukan dalam sukan.”
Tidak ada wanita yang berhasil mempertahankan gelaran Terbuka Perancis selepas Justine Henin menang tiga kali berturut-turut antara tahun 2005 dan 2007, satu trend yang akan terus berlanjutan dengan Barty menarik diri atas faktor kebimbangan jangkitan Covid-19 yang juga mendorongnya menarik diri daripada menyertai Terbuka AS. -AFP