Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Simanggang tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan
  • TEMPATAN

Simanggang tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan

Utusan Sarawak 5 years ago
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan poster Hari Kebangsaan 2020 kepada wartawan pada sidang akhbar mengenai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2020 di Wisma Baitulmakmur 2 (West Wing), Kuching semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Bandar Simanggang dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Kebangsaan 2020 peringkat negeri.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sambutan itu tetap diraikan bermula pada malam 30 Ogos walaupun pandemik Covid-19 belum reda di Sarawak.

Pada 30 Ogos jam 7.30 malam kata Abdul Karim ambangnya akan bermula dengan Malam Mesra Sempena Ambang Sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Hotel Sri Simanggang.

Majlis berkenaan katanya akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk makan malam bersama dengan Ketua-Ketua Masyarakat dan pemimpin akar umbi di Simanggang.

“Keesokan paginya, kemuncak sambutan apabila Ketua Menteri akan menyertai 250 peserta dalam acara Unity Walk mengelilingi bandar Simanggang sejauh 2 kilometer,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Bertanggungjawab sambutan berkenaan berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat sambutan Hari Kebangsaan 2020 peringkat negeri di pejabatnya di sini semalam.

Tambahnya sambutan akan menitikberatkan pematuhan standard operasi prosedur (SOP) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang acara berlangsung.

“Bandar Simanggang akan disanitasi seperti dewan, jalan-jalan yang dilalui dan suhu badan serta maklumat peserta akan diambil serta jumlah orang ramai yang hadir dihadkan,” jelasnya.

Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ bagi sambutan Hari Kebangsaan 2020 kali ini akan menghidangkan kelainan dengan menyeru rakyat Malaysia menanam semangat kenegaraan yang tinggi. “Bagi merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan, satu video khas berjudul ‘Wira’ akan disiarkan,” ujarnya pada masa yang sama alunan lagu medley patriotik sezaman seperti Inilah Barisan Kita, Bahtera Merdeka, Warisan, Tanggal 31, Setia dan Negaraku (versi Faizal Tahir) akan dipersembahkan oleh penyanyi tempatan Sarawak.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Sg. Asap: Paip HDPE ganti paip lama
Next: Perketat kawalan sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.