Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Simanggang Sibling juara Dart Aman Villa Kitchen
  • SUKAN

Simanggang Sibling juara Dart Aman Villa Kitchen

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Kapten Roslan Bujang merakamkan gambar bersama kesemua pemenang Pertandingan Dart Beregu Tertutup anjuran Aman Villa Kitchen. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Gandingan Philip Mersat dan Sophia James daripada pasukan Simanggang Sibling muncul juara Pertandingan Dart Beregu Tertutup anjuran Aman Villa Kitchen di Kampung Hulu Simanggang malam tadi.

Dalam perlawanan akhir yang sengit itu, Philip dan Sophia berjaya menewaskan pasukan Simanggang Sagota iaitu gandingan Banta Galaxy dan Erick Singgir dengan kiraan mata 3-2 pada perlawanan akhir yang mempertemukan antara kedua-dua pasukan.

JUARA… Gandingan Philip Mersat dan Sophia James daripada pasukan Simanggang Sibling muncul juara Pertandingan Dart Beregu Tertutup anjuran Aman Villa Kitchen. Foto Adi Safarman

Dengan kejuaraan itu, pasangan dari Simanggang Sibling yang muncul juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, manakala pasangan daripada pasukan Simanggang Sagota yang muncul naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM300.

Dalam aksi perebutan tempat ketiga, pasukan GMDS Shooter gandingan Mas Hailman Fadzlli Matzrol dan Zul Azlan Rosli berjaya menewaskan pasukan JTOM Demon gandingan Rosdiansyah Rosli dan Aiman Fitri Zaidi dengan kiraan mata 3-1.

Pasukan GMDS Shooter yang muncul di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200, dan pasukan JTOM Demon membawa pulang hadiah wang tunai RM100.

NAIB JUARA… Pasukan Simanggang Sagota gandingan Banta Galaxy dan Erick Singgir muncul naib juara. Foto Adi Safarman

Empat pasukan yang gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir masing-masingnya membawa pulang sebuah hamper.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Kapten Roslan Bujang.

Sementara itu, Pertandingan Dart Beregu Tertutup anjuran Aman Villa Kitchen itu telah disertai sebanyak 28 pasukan daripada sekitar kawasan Bandar Simanggang.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan peserta yang menyertai Pertandingan Dart Beregu Tertutup anjuran Aman Villa Kitchen pada kali ini, kita berharap penganjuran seperti ini akan diteruskan lagi selepas ini,” kata Kapten Roslan Bujang.
Oleh Adi Saparman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Dunia ISTAF: Hasrat pertahan mahkota gagal
Next: Yamal buktikan sebagai bintang masa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.