Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sifar positif dilaporkan semalam
  • TEMPATAN

Sifar positif dilaporkan semalam

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Amar Douglas Uggah

KUCHING: Tiada kes positif Covid-19 baharu direkodkan di Sarawak, semalam.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata semalam juga terdapat enam kes sembuh dan discaj dari hospital.

“Kesemua enam kes tersebut adalah dari Hospital Umum Sarawak. Daripada jumlah keseluruhan kes, 74.45% kes positif Covid-19 telah sembuh.

“Bilangan individu yang disyaki (PUI) semalam adalah sebanyak 20 kes.

“Manakala PUI yang masih menunggu keputusan ujian adalah sebanyak 11 kes,” katanya pada sidang media laporan harian Covid-19 di Sarawak di sini semalam.

Beliau turut berkata Bahagian Kuching telah bertukar status daripada kawasan Zon Merah kepada Zon Kuning.

“Kod berwarna kuning bagi sesuatu kawasan apabila bilangan kes baharu dalam tempoh 14 hari adalah kurang daripada 40 kes,” katanya.

Continue Reading

Previous: Jangan lakukan rentas bahagian, negeri
Next: RM6 juta pampasan kepada 58 pemilik tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.