Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sidang Kemuncak Pemimpin Lions ASEAN hari ini hingga Sabtu ini
  • SEMASA

Sidang Kemuncak Pemimpin Lions ASEAN hari ini hingga Sabtu ini

Utusan Sarawak 4 months ago
SELAMAT DATANG… Pengarah Antarabangsa Dato’ Yeow Wah Chin (empat, kiri) tiba di Lapangan Terbang Sibu. Beliau disambut oleh Presiden Kelab Lions Sibu Pahlawan Steady Tiau (tiga, kiri), Pengerusi Penganjur Sidang Kemuncak Asean Lions Jamie Tiew (lima, kanan), Naib Gabenor Daerah Kedua Dato’ Jimmy Tie (enam, kanan).

SIBU: Pemimpin Kelab Lions Antarabangsa dari sembilan negara tiba di Sibu semalam, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Lions ASEAN (ALLS) 2025 di Hotel Kingwood, hari ini hingga Sabtu ini.

Kelab Lions Sibu menerusi kenyataannya berkata, mereka mengalu-alukan ketibaan para pemimpin tersebut termasuk dua pengarah antarabangsa, dua bekas pengarah bekas antarabangsa, enam Gabenor Daerah serta yang lain.

Ketibaan mereka bukan sahaja menambah prestij kepada acara besar ini, tetapi juga menyerlahkan ikatan dan persahabatan antarabangsa yang kukuh dalam komuniti Lions. 

Ketika para pemimpin Lions melangkah keluar dari lapangan terbang, mereka disambut dengan tepukan yang penuh semangat dan ucapan selamat datang.  

Sidang kemuncak ini menghimpunkan beberapa pemimpin Lions yang paling berpengaruh di kawasan Asean untuk membincangkan strategi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kelab dan berkongsi pengalaman dalam inisiatif amal di seluruh negara yang berbeza. 

Acara ini berfungsi sebagai platform untuk memupuk kerjasama antarabangsa dan memajukan usaha kemanusiaan global. 

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hospital Miri kesan waris Allahyarham Narawi Bin Moh Seng
Next: Tarikh lihat anak bulan Ramadan 28 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.