Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Shelly sukar digugat
  • SUKAN

Shelly sukar digugat

Utusan Sarawak 3 years ago

SHELLY-An Fraser-Pryce menjuarai 100 meter wanita di Liga Berlian Paris.

SHELLY-Ann Fraser-Pryce menyamai catatan terbaiknya musim ini untuk menjuarai acara 100 meter (m) wanita di Liga Berlian Paris awal pagi semalam.

Juara Olimpik dua kali dari Jamaica berusia 35 tahun itu sukar digugat apabila mencatat 10.67 saat (s) mengatasi jaguh Britain, Daryll Neita di tempat kedua yang mencatat masa terbaiknya 10.99s manakala tempat ketiga milik atlet Ivory Coast, Marie-Josee Ta Lou.

Shelly mencatat masa yang sama di Nairobi pada Mei lalu. “Ia perlumbaan yang hebat dan saya gembira dengan catatan saya,” kata Shelly selepas mencatat masa ke-12 terpantas dalam sejarah. “Ia memotivasikan saya untuk lebih laju.”

Sementara itu, Ukraine mendominasi acara lompat tinggi wanita selepas Yaroslava Mahuchikh muncul pemenang dengan ketinggian 2.01m, Iryna Gerashchenko (1.98m) kedua dan Yuliya Levchenko (1.95m) ketiga.

Atlet Afrika Selatan, Luxolo Adams mencipta kejutan apabila meraih emas 200m lelaki dengan catatan 19.82s mengetepikan cabaran Alexander Ogando di tempat kedua manakala Mouhamadou Fall dari Perancis ketiga. Pemenang emas Olimpik dari Kanada, Andre de Grasse ketinggalan di tempat keempat.-AFP

Continue Reading

Previous: Semakin garang, berani
Next: Penjenamaan SNBJ untuk jana pendapatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.