Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sheikh Nawaf angkat sumpah
  • GLOBAL

Sheikh Nawaf angkat sumpah

Utusan Sarawak 5 years ago
SHEIKH Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

KUWAIT CITY: Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengangkat sumpah di hadapan Majlis Nasional pada Rabu sebagai Emir Kuwait ke-16, lapor agensi berita Xinhua.

Perlembagaan menjamin peralihan kepemimpinan yang lancer untuk me- mastikan kestabilan dan kemakmuran, kata Sheikh Nawaf.
Beliau juga berikrar akan melaksana- kan tanggungjawabnya sebaik mungkin serta mengulangi komitmen ter-hadap perlembagaan dan demokrasi.

Sheikh Nawaf ditabalkan sebagai Emir Kuwait baharu berikutan kematian Syeikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, diumumkan kerajaan Kuwait pada Selasa petang setelah satu mesyuarat khas. Sheikh Nawaf dilahirkan pada 25 Jun 1937, pernah berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dari 1978 hingga 1988 dan kemudian dilantik sebagai menteri pertahanan.

Pada 16 Oktober 2003, dekri diraja dikeluarkan menamakan Sheikh Nawaf sebagai timbalan perdana menteri I dan menteri dalam negeri.

Pada 7 Februari 2006, beliau dinobatkan sebagai putera mahkota.
Allahyarham Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah me- ninggal dunia pada usia 91 pada Selasa. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penasihat kempen Trump tarik diri
Next: Pijak wanita hamil,lelaki dipenjara 3 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.