Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SHEDA gesa Kerajaan Persekutuan kaji semula dasar diesel bersubsidi
  • TEMPATAN

SHEDA gesa Kerajaan Persekutuan kaji semula dasar diesel bersubsidi

Utusan Sarawak 3 hours ago
INSTITUT SHEDA menggesa Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi mengambil kira keperluan industri pembinaan di Sarawak.

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak menerusi Institut SHEDA menggesa Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) Kad Fleet yang berkuat kuasa pada 1 Julai lalu kerana didakwa tidak mengambil kira keperluan industri di Sarawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Institut SHEDA berkata pihaknya menyokong usaha kerajaan membanteras ketirisan subsidi diesel dan aktiviti penyeludupan, namun pelaksanaan dasar tersebut telah memberi kesan besar kepada pelbagai sektor yang bergantung kepada pengangkutan, termasuk pembinaan, pembuatan dan pembangunan hartanah.

Menurut kenyataan itu, kenderaan seperti lori tipper dan lori pembancuh konkrit yang memainkan peranan penting dalam setiap peringkat projek pembinaan tidak termasuk dalam rangka kerja subsidi diesel di bawah skim berkenaan.

Institut SHEDA menyifatkan pengecualian itu sebagai tidak selaras dengan realiti operasi industri pembinaan di Sarawak yang sangat bergantung kepada penggunaan kenderaan berkuasa diesel.

Selain penggunaan kenderaan, pihaknya berkata diesel turut diperlukan bagi menggerakkan janakuasa di tapak projek yang belum mempunyai bekalan elektrik tetap.

Sehubungan itu, Institut SHEDA berpandangan kuota diesel bersubsidi sedia ada perlu ditingkatkan bagi mengambil kira keperluan tersebut.

Menurutnya lagi, peningkatan kos operasi akibat pelaksanaan dasar itu akhirnya akan ditanggung oleh syarikat, pengguna dan pembeli rumah melalui kenaikan harga barangan serta kos pembinaan.

Institut SHEDA turut mengingatkan bahawa pemaju ketika ini berdepan pelbagai cabaran termasuk gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos buruh, pematuhan peraturan serta ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sekiranya keadaan itu berterusan, harga rumah dijangka menjadi semakin sukar dimiliki oleh rakyat Sarawak, selain menyebabkan pemaju lebih berhati-hati melaksanakan projek baharu yang akhirnya boleh memperlahankan bekalan perumahan di negeri ini.

Sehubungan itu, Institut SHEDA mengemukakan empat cadangan kepada Kerajaan Persekutuan, iaitu memasukkan kenderaan industri pembinaan ke dalam skim SKDS, meningkatkan kuota diesel bersubsidi bulanan, mengekalkan kadar terdahulu sebagai langkah sementara sementara semakan dibuat serta mengadakan libat urus yang lebih menyeluruh dengan pemain industri di Sarawak sebelum sesuatu dasar dilaksanakan.

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak meterai perjanjian ISBSF, perkukuh perkhidmatan bas henti-henti
Next: SDGF perkukuh tadbir urus data, sokong pembangunan AI di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.