Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SFC lupus sarang burung walet bernilai RM400,000
  • TEMPATAN

SFC lupus sarang burung walet bernilai RM400,000

Utusan Sarawak 5 months ago

DILUPUSKAN.....SFC cawangan Sibu telah melaksanakan operasi pelupusan sarang burung walet seberat 481.13 kilogram dengan anggaran nilai RM400,000 di Sibu semalam. Foto ihsan SFC.

SIBU: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) cawangan Sibu telah melaksanakan operasi pelupusan sarang burung walet seberat 481.13 kilogram dengan anggaran nilai RM400,000 di sini semalam.

SFC dalam satu kenyataannya memberitahu, operasi tersebut dijalankan di Rizab Semula Jadi Tun Ahmad Zaidi, bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 12.10 tengah hari.

“Operasi melibatkan lapan pegawai SFC, empat anggota Renjer Penjaga Hidupan Liar (WGR) dan turut disaksikan oleh dua pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Kenyataan itu menyatakan sarang burung walet tersebut dilupuskan menggunakan kaedah pembakaran setelah mendapat kelulusan daripada Kontroler Hidupan Liar, Abang Arabi Abang Aimran.

“Pelupusan ini berkaitan dengan Seksyen 34(b) dan Seksyen 33(2)(a) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998, yang memperuntukkan tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati memiliki, menjual, atau membeli sarang burung walet daripada sumber yang tidak sah.

“Pelanggaran undang-undang ini boleh dikenakan denda sehingga RM10,000,” menurut kenyataan itu.

SFC turut menegaskan bahawa operasi pelupusan ini mencerminkan komitmen pihak berkuasa dalam menguatkuasakan peraturan perlindungan hidupan liar di Sarawak, serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang berkaitan dengan sumber semula jadi.

Continue Reading

Previous: Sorotan 2024: Misi emas Olimpik belum kesampaian
Next: Jangan calar badminton Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.