Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SFA sedia batalkan penganjuran
  • SUKAN

SFA sedia batalkan penganjuran

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN SFA…Phillip Jabu.

FAIZAL BUJANG

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu memberitahu, Kejohanan Bola Sepak Piala Belia Sarawak Bawah 21 Tahun yang ditetapkan berlangsung di bahagian tersebut besar kemungkinan akan dibatalkan.

Ia berikutan kebimbangan disebalik penularan virus Covid-19 yang melanda negara dan dunia ketika ini.

“Di pihak kami (SFA) sedia untuk membatalkan kejohanan itu bagi memutuskan rantaian virus berkenaan.

“Di samping tindakan berbuat demikian tidak mahu masalah luar jangkaan berlaku,” ujar Phillip ketika mengulas mengenai perkara itu.

Apa pun beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menyatakan, pihaknya juga sudah memaklumkan perkara itu kepada badan induk (FAS) dan masih menunggu keputusannya.

Menurut Phillip, beliau yakin cadangan berbuat demikian akan mendapat sokongan seluruh ahli gabungan yang ada demi mengutamakan keselamatan banyak pihak yang bakal terlibat.

“Seperti mana kita ketahui adalah menjadi kesukaran bagi setiap penganjuran kejohanan peringkat bahagian tanpa dihardiri penonton.

“Oleh yang demikian, adalah lebih baik ia dibatalkan sahaja untuk memutuskan penularan virus berbahaya itu,” jelas beliau lagi.


Mengikut cadangan awal kejohanan terbabit yang dijangka diadakan pada bulan September nanti dan akan berlangsung Kompleks Sukan Serian.

Continue Reading

Previous: Format baharu Liga Super peluang terbaik Perak buru kejuaraan
Next: Ronaldo dikuarantin, pemain lain berlatih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.