Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Setiap rakyat adalah petugas barisan hadapan
  • NASIONAL

Setiap rakyat adalah petugas barisan hadapan

Utusan Sarawak 5 years ago
KKM memperkenalkan konsep Didik, Amal, Patuh dan Pantau (CAPP). Menerusi amalan CAPP, masyarakat disaran mencegah Covid-19 dengan mendidik anggota keluarga termasuk komuniti masing-masing mengenai amalan normal baharu dalam kehidupan. • Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setiap rakyat berperanan sebagai ‘petugas barisan hadapan’ bagi mengekang penularan Covid -19, sekali gus memutuskan rantaian pandemik itu di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sehubungan itu katanya, bagi memperkasa Program Pengurangan Risiko Daerah Covid -19 (DRPP) dalam komuniti, Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan konsep Cegah dan Didik, Amal, Patuh dan Pantau (CAPP).

Menerusi amalan CAPP, masyarakat disaran mencegah Covid -19 dengan mendidik anggota keluarga termasuk komuniti masing-masing mengenai amalan normal baharu dalam kehidupan, katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Pergigian Alor Setar di sini, semalam.

Dr Adham berkata bagi memastikan keberkesanan CAPP, KKM juga menjelajah ke beberapa buah negeri bagi memberi penerangan.

Dalam pada itu katanya, maklumat tepat mengenai pandemik itu boleh diperolehi dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera yang mengandungi komponen antaranya data harian dan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang mempunyai jangkitan Covid -19 

Beliau berkata menerusi aplikasi itu juga, pengguna boleh mengetahui tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid -19, selain mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk membuat pemeriksaan dan rawatan.

Sementara itu, katanya setakat ini pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan  rakyat terhadap SOP yang ditetapkan kerajaan, dan menasihati orang ramai agar terus mengamalkan normal baharu seperti penjarakan sosial, kerap cuci tangan dengan cecair pembasmi kuman dan memakai pelitup separuh muka.– Bernama

Continue Reading

Previous: Peter Anthony mengaku tidak bersalah
Next: Pengusaha kolam tidak sabar mulakan operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.