Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Setelah tewaskan City, Liverpool hampir sempurna, kata Slot
  • SUKAN

Setelah tewaskan City, Liverpool hampir sempurna, kata Slot

Utusan Sarawak 6 months ago

Pemain Liverpool, Mohamed Salah membuat percubaan ke arah gawang ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Anfield, Liverpool. - Foto AFP

LIVERPOOL: Liverpool menampilkan persembahan terbaiknya ketika menewaskan Manchester City 2-0 dan melebarkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan anak buah Arne Slot ke atas skuad bimbingan Pep Guardiola meletakkan mereka sembilan mata di depan pesaing terdekat, Arsenal dan Chelsea yang menghuni tangga kedua dan ketiga pada 25 mata.

Ia adalah kemenangan ke-18 Slot daripada 20 perlawanan sejak mengambil alih Liverpool daripada Jurgen Klopp pada musim panas lalu.

“Jika anda hendak menang ke atas City anda perlu tampil sempurna di setiap bahagian dalam permainan. Kami hampir sempurna.

“Bermain menentang Real Madrid, Manchester City, pasukan-pasukan yang sangat bagus dan sudah memenangi banyak trofi, kami berjaya menewaskan mereka.

“Kami sangat gembira dengan dua kemenangan ini tetapi kami sedar yang kami perlu capai lebih daripada ini,” kata Slot.

Jaringan Cody Gakpo dan Mohamed Salah memastikan kemenangan Liverpool, sekali gus menambah derita Man City yang kini mengharungi tujuh perlawanan tanpa menang.

Ia adalah kekalahan keempat berturut-turut City dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak tahun 2008 dan skuad kendalian Guardiola kini tergelincir ke tangga kelima – 11 mata di belakang pendahulu itu.

Gol pertama Liverpool hadir pada minit ke-12 selepas umpanan rendah Salah disempurnakan Gakpo.

Salah memastikan kemenangan pada minit ke-78 menerusi sepakan penalti, selepas Luis Diaz dijatuhkan oleh penjaga gol City, Stefan Ortega

Continue Reading

Previous: Arteta puas hati, momentum Arsenal kembali
Next: Amorim mahu Man United tampil lebih baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.