Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sesi taklimat isu semasa pembuka tirai mesyuarat PBB Zon Utara
  • SEMASA

Sesi taklimat isu semasa pembuka tirai mesyuarat PBB Zon Utara

Utusan Sarawak 4 months ago

MIRI: Mesyuarat Perwakilan Zon Utara 2025 membuka tirai dengan sesi penerangan mengenai perlembagaan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) oleh Penasihat Undang-undang parti, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah.

Beliau yang juga Speaker Dewan Negara memberi penjelasan mengenai pelbagai peraturan dan isu berkaitan perlembagaan PBB dari peringkat ranting hingga ke cawangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penerangan dan Publisiti mesyuarat perwakilan cawangan zon tersebut, Dato Paulus Paulu Gumbang berkata sesi pagi ini diikuti penerangan mengenai Pelan Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak Dato Sri Dr Abdullah Muhd Abdullah Zaidel.

Taklimat mengenai isu tanah pula disampaikan oleh Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Awang Zamhari Awang Mahmood.

“Taklimat berkaitan inisiatif kerajaan Sarawak pula disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan dan Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti,  Datu Felicia Tan,” katanya.

Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka tiba bagi merasmikan mesyuarat ini pada 2.00 petang ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak mahu wujud jurusan Sains Sukan di Swinburne atau Kolej Universiti i-CATS
Next: Cipta peluang untuk kekalkan bakat tempatan terutama belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.