Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Serpihan roket China kembali ke atmosfera
  • GLOBAL

Serpihan roket China kembali ke atmosfera

Utusan Sarawak 6 months ago

Foto fail pada 10 Mei 2022 menunjukkan pelancaran roket Long March-7 Y5 dari Pusat Pelepasan Angkasa Lepas Wenchang, di Hainan, China. Foto AFP

BEIJING: Serpihan roket Long March-7 Y9 yang dilancarkan baru-baru ini dilaporkan kembali memasuki atmosfera Bumi pada Ahad sekitar 9.49 malam (waktu Beijing), dengan sebahagian besar serpihan terbakar semasa proses itu, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

Dalam kenyataan ringkas, CMSA memaklumkan bahawa serpihan peringkat kedua roket jatuh ke perairan Lautan Atlantik pada koordinat 28.3 darjah utara dan 52.9 darjah barat, lapor Xinhua.

Roket itu dilancarkan pada 15 November dari Tapak Pelancaran Angkasa Wenchang di wilayah pulau Hainan, selatan China.

Long March-7 adalah roket generasi baharu bersaiz sederhana seberat 14 tan dan direka khusus untuk menghantar kargo dan berlabuh dengan stesen angkasa. – Bernama-Xinhua.

Continue Reading

Previous: Pesawat kargo DHL terhempas di kawasan perumahan 
Next: China cipta salutan halimunan jadikan pesawat tidak dapat dikesan radar antiselinap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.