Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Seronok lawat Perpustakaan Awam BDA
  • WILAYAH

Seronok lawat Perpustakaan Awam BDA

Utusan Sarawak 2 months ago
TERUJA… Kanak-kanak Tadika Pimpin Bintulu meneroka pelbagai fasiliti dan perkhidmatan semasa melawat Perpustakaan Awam BDA.

BINTULU: Seramai 165 kanak-kanak Tadika Pimpin Bintulu mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), baru-baru ini.

Menurut kenyataan Perpustakaan Awam BDA, kanak-kanak yang terlibat diiringi oleh 11 guru sepanjang lawatan tiga hari itu.

“Beberapa aktiviti seperti pengenalan perpustakaan, sesi bercerita, aktiviti ‘ice breaking’, serta aktiviti berkumpulan dijalankan bagi memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid-murid.

“Selain itu, mereka juga didedahkan dengan pelbagai fungsi, fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Awam BDA,” katanya.

Lawatan seumpama itu bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai budaya membaca, tetapi juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4) – Pendidikan Berkualiti dengan menanamkan minat terhadap ilmu sejak usia muda.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran terima RM1,700 
Next: Sisa tumpahan minyak di Sibu Jaya dibersihkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.