SERENA Williams bergelut untuk layak ke peringkat suku akhir Terbuka AS 2020 semalam di Flushing Meadows.
Williams yang mengejar gelaran perseorangan Grand Slam ke-24, harus mengumpulkan setiap kekuatan untuk mengalahkan pemain pilihan ke-15 Maria Sakkari dalam tiga set.
Pemain dari Amerika berusia 38 tahun itu memerlukan hampir dua setengah jam untuk menumpaskan pemain berusia 25 tahun dari Greece 6-3, 6-7 (6/8), 6-3 di Stadium Arthur Ashe yang kosong di New York.
“Dia pesaing yang baik. Ini adalah pertandingan yang sangat sengit,” kata Williams, yang telah disingkirkan daripada kejohanan memanas badan Terbuka AS oleh lawan yang sama bulan lalu.
“Saya merasa seperti dia bermain lebih baik hari ini (semalam). Saya sedikit keletihan dan mengalami kekejangan. Rasanya seperti saya dapat bersaing lebih lama,” tambah Williams.
“Saya sangat bersemangat. Inilah tugas saya. Inilah yang saya lakukan apabila saya bangun. Inilah yang saya latih untuk melakukan 365 hari dalam setahun,” kata Williams selepas perlawanan itu.
Pemain Amerika itu akan menentang Tsvetana Pironkova untuk mendapat mencari tempat di separuh akhir setelah pemain dari Bulgaria itu menyingkirkan Alize Cornet dari Perancis dalam satu lagi perlawanan.
Pironkova, beraksi dalam kejohanan pertamanya dalam tempoh tiga tahun setelah berehat panjang yang mana dia melahirkan anaknya, menang 6-4, 6-7 (5/7), 6-3 di Stadium Louis Armstrong.
Pilihan kedua kejohanan Sofia Kenin akan menyertai Williams di suku akhir setelah mengalahkan pemain pilihan ke-16 dari Belgium, Elise Mertens.
Williams sedang berusaha untuk menyamai rekod Margaret Court untuk gelaran perseorangan Grand Slam terbanyak wanita.
Kemenangan dalam kejohanan ini pada hujung minggu juga akan menyaksikan dia mengatasi pencapaian Chris Evert, dengan enam gelaran, sebagai juara Terbuka AS yang paling berjaya dalam kejohanan wanita ketika era moden. – AFP