Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Serang pelajar guna tukul, lelaki Jepun larikan diri selepas sembur polis
  • GLOBAL

Serang pelajar guna tukul, lelaki Jepun larikan diri selepas sembur polis

Utusan Sarawak 17 hours ago
PEGAWAI polis menyiasat lokasi kejadian di mana seorang pelajar sekolah menengah dipukul di kepala dengan tukul oleh seorang lelaki di Fussa, Tokyo Barat.

TOKYO: Seorang lelaki di Jepun masih bebas selepas didakwa memukul dua pelajar sekolah menengah dengan tukul dan menyembur bahan yang tidak diketahui ke arah beberapa anggota polis hari ini, kata polis, lapor Kyodo News.

Kejadian berlaku kira-kira 7.20 pagi di sebuah jalan di Fussa, kawasan pinggir bandar di barat Tokyo, apabila lelaki itu, dipercayai berusia 40-an, mencederakan seorang pelajar lelaki pada muka dan seorang lagi pada bahu.

Menurut polis, dia menyerang kedua-duanya selepas ibunya memberi amaran kepada beberapa pelajar yang bercakap di jalan supaya diam namun mereka terus berada di situ.

Seorang saksi yang melihat kejadian di kawasan perumahan berhampiran Stesen JR Fussa membuat panggilan kecemasan, melaporkan seorang lelaki membawa tukul besi sedang menyerang seseorang.

Polis berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan semasa bercakap dengan ibu lelaki itu, anggota polis telah diugut lelaki tersebut dengan pisau yang dibawanya dari rumah sebelum dia menyembur mereka dengan bahan yang tidak diketahui, mencederakan tiga orang.

Yakin lelaki berkenaan mengurung diri di dalam rumahnya, polis menyerbu kediaman itu sekitar tengah hari tetapi hanya menemui tukul, pisau dan semburan.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan dia melarikan diri melalui pintu belakang selepas menyembur pegawai, sebelum polis memasuki kediaman itu. Walaupun tiada kecederaan yang mengancam nyawa, polis sedang mengesan lelaki itu kerana disyaki cuba membunuh. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dua maut, 10 cedera dalam nahas pesawat ringan di Australia Selatan
Next: Pendaki Australia lakukan cubaan rekod Everest dari laut ke puncak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.