Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Serah terima tugas antara Khairol Ridzuan, Sila Kadong
  • Utara
  • WILAYAH

Serah terima tugas antara Khairol Ridzuan, Sila Kadong

Utusan Sarawak 1 month ago
TAHNIAH… ACP Alexson Naga Chabu menjadi saksi penyerahan sijil serah terima tugas KBKDN/KA Miri di antara ASP Khairol Ridzuan Ahmad dan DSP Sila Kadong (kanan) di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kelmarin.

MIRI: Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu saksi majlis serah terima tugas jawatan Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KBKDN/KA) Daerah Miri di antara penyandang asal (IKAD) ASP Khairol Ridzuan Ahmad kepada DSP Sila Kadong.

Majlis ringkas itu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kelmarin.

Menurut kenyataan Polis Daerah Miri, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan ikrar sebelum menandatangani Sijil Serah Terima Tugas KBKDN/KA Miri.

“ASP Khairol Ridzuan Ahmad telah menjawat jawatan IKAD Miri pada 2 September 2024 dan sedang menunggu keputusan rayuan pertukaran sebagai Penolong Kompeni Komander Kompeni A, BN 12 PGA Miri.

“Selama tujuh bulan bertugas sebagai IKAD Miri beliau telah menunjukkan prestasi tugas yang cemerlang dan sentiasa komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Sementara itu, DSP Sila Kadong yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Cawangan Kepolisan Komuniti Bahagian Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti, JPJKK, IPK Sarawak diarahkan menjalani pertukaran menjawat jawatan KBKDN/KA Miri yang telah dinaik taraf (sebelum ini jawatan IKAD),” katanya.

Pada majlis itu, ACP Alexson Naga Chabu turut menyampaikan cenderamata ASP Khairol Ridzuan Ahmad.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penghulu ambil inisiatif baiki pejalan kaki
Next: Pintu gerbang Kampung Tengah Betong muncul johan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.