Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan dua motosikal
  • KEMALANGAN

Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan dua motosikal

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PASUKAN POLIS… Berada di lokasi kemalangan melibat dua buah motosikal di Jalan Sibu Amber Sibu Jaya, malam tadi.
 

SIBU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Sibu Amber, Sibu Jaya, sekitar 9.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal jenis Modenas Kriss sedang berhenti di lampu isyarat.

“Sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang datang dari arah belakang kemudian melanggar bahagian kiri motosikal Modenas Kriss tersebut sebelum terbabas dan merempuh pengadang jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan penunggang Honda RS150 mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara itu, penunggang motosikal Modenas Kriss mengalami kecederaan pada badan dan telah dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan,” tambahnya.

Susulan kejadian, polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mangsa lemas di Sungai Sengayan masih gagal ditemui, operasi disambung esok
Next: Satu lagi mangsa hanyut di Sungai Sengayan belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.