Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, empat cedera nahas helikopter di Timur China
  • GLOBAL

Seorang maut, empat cedera nahas helikopter di Timur China

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SEBUAH helikopter Robinson R44 II terhempas di Suzhou, China, menyebabkan seorang maut dan empat cedera. FOTO hiasan

NANJING (China: Seorang maut manakala empat lagi cedera selepas sebuah helikopter terhempas di bandar Suzhou, wilayah Jiangsu di timur China, menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

Nahas berlaku kira-kira 5 petang waktu tempatan apabila helikopter jenis Robinson R44 II itu jatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter ketika dalam penerbangan pulang, menurut biro pengurusan kecemasan tempatan.

Seorang individu yang berada di darat semasa kejadian disahkan maut manakala empat individu di dalam helikopter cedera. Mereka telah dibawa ke hospital dan dilaporkan tidak berada dalam keadaan mengancam nyawa.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Wilayah Jiangsu mengetuai siasatan berhubung punca nahas.
— Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Bekas Perdana Menteri Tunisia dihukum penjara 34 tahun
Next: Program Lan Berambeh Anak Sarawak UK 2025 cipta sejarah, terima sambutan hangat di Eropah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.