Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, empat cedera kereta bertembung
  • KEMALANGAN

Seorang maut, empat cedera kereta bertembung

Utusan Sarawak 2 years ago

MAUT... Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan di Jalan Keranji, Batu Kitang-Bau petang Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar 6.49 petang.

Pasukan Bomba yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Ismajulian Julia berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Empat mangsa dalam kereta Myvi yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan.

Oleh Azreen Keria 

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak lelaki jatuh sungai ditemui lemas
Next: Kemalangan maut berhampiran Jambatan Awik, Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.