Seorang kanak-kanak maut, 23 cedera dalam insiden letupan di sekolah

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

YANGON: Seorang kanak-kanak maut manakala 23 lagi cedera dalam letupan di sebuah sekolah rendah di wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar, semalam, lapor Xinhua.

Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 12.40 tengah hari waktu tempatan di bandar Dawei.

Sebutir bom yang ditinggalkan oleh pengganas semasa serangan sebelum ini ditemukan oleh pelajar semasa membersihkan kawasan sekolah sebelum membawanya kepada guru. 

Bagaimanapun, bom itu terjatuh dan meletup menyebabkan seorang pelajar maut dan mencederakan 22 yang lain serta penjaga seorang pelajar.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan. – Bernama – Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos