Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sentuhan manusia jiwa penghasilan muzik, syukuri rekod satu billion penstriman – Yuna
  • HIBURAN

Sentuhan manusia jiwa penghasilan muzik, syukuri rekod satu billion penstriman – Yuna

Utusan Sarawak 3 hours ago
YUNA percaya muzik terbaik lahir daripada jiwa manusia, bukan sekadar teknologi AI.

KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah ledakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini menembusi industri kreatif, penyanyi dan komposer popular Yuna percaya karya yang benar-benar menyentuh hati tetap memerlukan jiwa manusia yang tidak mampu dijana oleh mesin.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 40, berkata secanggih manapun teknologi berkembang, elemen emosi dan pengalaman hidup tetap menjadi asas terpenting dalam penghasilan sesebuah lagu.

“Bagi saya, AI boleh membantu memperkemaskan karya, tetapi saya kurang setuju kalau orang terlalu bergantung padanya sampai guna suara AI dan terus jadikan itu sebagai hasil akhir, sedangkan kita ada ramai artis dan penulis lagu berbakat yang cari rezeki menerusi bidang ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pelantun lagu ‘Dan Sebenarnya’ itu berkata kekuatan sesebuah naskhah lahir daripada proses kreatif manusia yang bersifat spontan, termasuk perubahan lirik dan melodi bagi memastikan karya tersebut mempunyai hubungan emosi yang mendalam dengan pendengar.

“AI mungkin boleh hasilkan struktur lagu, tetapi ia tidak ada rasa yang datang daripada pengalaman sebenar manusia. Kadang-kadang perkataan yang digunakan juga kedengaran terlalu dibuat-buat dan tidak natural.

“Sentuhan manusia itu yang menjadikan lagu lebih hidup dan dekat dengan pendengar,” katanya.

Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap isu hak cipta apabila platform AI dipercayai menggunakan data daripada karya artis sedia ada sebagai rujukan untuk menjana muzik baharu.

Tegas dengan pendirian tidak menggunakan AI dalam penghasilan muziknya, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu berkata beliau lebih selesa dengan proses kreatif tradisional kerana muzik perlu lahir daripada jiwa.

“Saya sendiri tidak pernah gunakan AI untuk buat lagu dan tidak tahupun cara menggunakannya. Saya lebih selesa dengan proses kreatif biasa sebab bagi saya, muzik perlu datang daripada jiwa,” katanya.

Mengulas pencapaian luar biasa di Spotify, Yuna mengakui rekod tersebut hadir di luar jangkaannya memandangkan beliau tidak pernah meletakkan angka sebagai matlamat utama, sebaliknya hanya mahu terus menghasilkan muzik yang jujur.

“Bila mulakan perjalanan ini, saya tak fikir pun mahu ada satu bilion strim. Orang mungkin anggap saya artis besar, sasaran itu macam tak real untuk saya. Jadi selagi orang masih dengar lagu saya dan terus melakukan penstriman, saya sudah cukup bersyukur dan gembira,” katanya yang hanya menyedari rekod tersebut selepas menerima ucapan tahniah daripada peminat di media sosial.

Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai bonus besar dalam kariernya sebagai artis bebas, dengan peminat di Malaysia kekal menjadi antara penyumbang tertinggi kepada penstriman lagu-lagunya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Cakra Khan kenang jasa guru sempena Hari Guru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.