Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Cakra Khan kenang jasa guru sempena Hari Guru
  • HIBURAN

Cakra Khan kenang jasa guru sempena Hari Guru

Utusan Sarawak 4 hours ago
SIDANG MEDIA… Cakra Khan bercakap kepada media pada sidang media di Terminal VVIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi.

KUCHING: Sempena sambutan Hari Guru, penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan turut berkongsi kenangan terhadap seorang guru yang banyak memberi dorongan kepadanya dalam bidang nyanyian sejak zaman persekolahan.

Menurut beliau, Allahyarhamah Ibu Hajiaan merupakan individu yang banyak membimbing dan memberi sokongan kepadanya ketika masih bersekolah di kampung halaman.

Katanya, guru tersebut bukan sahaja mengajar beliau membaca not muzik, malah sentiasa menggalakkan penyertaannya dalam pertandingan nyanyian sejak di bangku sekolah rendah lagi.

“Beliaulah yang banyak mengajar dan menyokong saya sejak awal,” katanya pada sidang media di Terminal VVIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, pagi tadi.

Cakra berkata, jasa dan dorongan guru tersebut menjadi antara faktor penting yang membentuk keyakinannya untuk terus berkarya dalam bidang muzik sehingga hari ini.

Menurutnya, walaupun ketika itu kemudahan latihan vokal tidak begitu tersedia di kampung, gurunya tetap berusaha membimbing dan memberi ruang untuk beliau mengembangkan bakat nyanyian.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua guru yang sentiasa memainkan peranan besar dalam mendidik dan membentuk masa depan generasi muda.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Cakra Khan janji persembahan terbaik di Festival Muzik Kuching 2026
Next: Sentuhan manusia jiwa penghasilan muzik, syukuri rekod satu billion penstriman – Yuna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.