
LAWAS: Lebih 30 persatuan silat daripada beberapa perguruan silat di Lawas, Limbang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah bersilaturahim pada majlis Silat Raya Aidilfitri di Lawas.
Majlis anjuran Rumpun Silat Sarawak (RSS) Wilayah Lawas itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lawas Awang@Ibrahim Ahmad.
Awang@Ibrahim mahu melihat RSS Wilayah Lawas dapat terus maju dalam aktiviti seni silat dan menjadi landasan untuk semua perguruan silat di Lawas bergerak secara berjemaah.
Pada masa yang sama, beliau mahu melihat seni silat terus diwarisi kepada generasi muda dan kanak-kanak dalam membentuk jati diri yang menjadi asas kepada displin seseorang individu.
Turut hadir Pengerusi RSS Wilayah Lawas Mohammad Noor Matnor Ahmat dan guru silat dari Lawas, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.
Oleh Adeng Edrus