Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Senator sumbang 500 penutup mulut, hidung
  • TEMPATAN

Senator sumbang 500 penutup mulut, hidung

Utusan Sarawak 5 years ago

ADUM LIU

MIRI : Senator Alan Ling menyumbang 500 keping penutup mulut dan hidung kepada para media yang bertugas di Jabatan Penyiaran Bahagian Miri, semalam.

Media juga merupakan barisan hadapan yang turut menyumbangkan jasa dan menggembleg tenaga untuk turun padang untuk menyalurkan kepada masyarakat isu-isu semasa terutamanya kes penularan wabak Covid-19 kini.

Alan Ling berkata, pihaknya telah menyumbang sebanyak 10 kotak (500 keping) penutup mulut dan hidung untuk petugas media yang menyampaikan banyak maklumat tentang wabak Covid-19 semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu.

“Terima kasih daripada saya sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan media Jabatan Penyanyi Miri untuk perkhidmatan cemerlang dan komitmen tinggi terutamanya semasa tempoh PKP ini.

“Mereka telah memberikan yang terbaik untuk menyalurkan bahan berita dan maklumat kepada rakyat sepanjang tempoh PKP, ” kata Ling.

Begitu juga dengan media pencetakkan tempatan di Miri yang turut memainkan peranan penting dan penuh dedikasi dalm tempoh yang sulit ini.

Berikutan PKP, ramai penduduk luar bandar mendapat maklumat dari radio dan televisyen (RTM) sekali lagi membuktikan penyebaran tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang telah diumumkan baru-baru ini, tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Alan berharap sumbangan 500 keping penutup mulut dan hidung boleh membantu kakitangan untuk mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan tugas harian selain kekal memantapkan kebersihan diri.

Penyerahan sumbangan itu telah dilakukan oleh Pembantu Khas Alan iaitu Lawrence Low kepada Jurutera RTM Miri; Muhd Irfan Sanif, semalam.

Continue Reading

Previous: Ahmad Johnie bantu mangsa kebakaran
Next: Empat kampung DUN Balingian terima bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.