Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Senarai kumpulan baharu ahli majlis dimuktamadkan, tunggu kelulusan Tun Wan Junaidi
  • SEMASA

Senarai kumpulan baharu ahli majlis dimuktamadkan, tunggu kelulusan Tun Wan Junaidi

Utusan Sarawak 1 month ago
TAHNIAH… Tiang menyampaikan insentif kelahiran baharu kepada salah seorang bayi penerima pada majlis makan malam insentif pendidikan, kelahiran baharu dan perkahwinan Pusat Khidmat Pelawan, malam tadi.

SIBU: Senarai kumpulan baharu ahli majlis bagi 24 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak telah dimuktamadkan oleh Kabinet, 24 Mac lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum senarai baharu itu diwartakan.

“Selepas itu, baru kita akan menetapkan tarikh untuk majlis angkat sumpah, sama ada kita mengadakan satu majlis angkat sumpah secara serentak atau perlu pergi ke lebih 20 pihak berkuasa tempatan untuk pelantikan mereka,” katanya.

Tiang berkata demikian kepada pemberita semasa majlis makan malam insentif pendidikan, kelahiran baharu dan perkahwinan Pusat Khidmat Pelawan, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu memberitahu, ahli majlis yang telah berkhidmat selama sembilan tahun atau lebih tidak akan diperbaharui atau dilantik semula. 

“Bagi pengerusi majlis yang belum mencapai tempoh sembilan tahun perkhidmatan, mereka akan dikekalkan dan ini termasuk timbalan pengerusi,” kata beliau.

Menurutnya, pengerusi Majlis Daerah Sarikei telah memutuskan untuk tidak menyambung perkhidmatannya.

“Jadi untuk itu, akan ada pelantikan baharu dan ini adalah pengecualian.

“Tetapi, bagi datuk bandar dan pengerusi seperti Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Majlis Daerah Limbang dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, mereka akan dilantik semula untuk tempoh satu tahun, walaupun telah berkhidmat lebih sembilan tahun.

“Manakala bagi pelantikan baharu yang lain, tempoh perkhidmatan adalah selama tiga tahun sehingga 31 Mac 2028,” katanya sambil memberitahu tarikh majlis angkat sumpah ahli majlis bagi penggal baharu masih belum dimuktamadkan.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kontraktor lantikan terima LoA projek naik taraf fasiliti ICQS Sungai Tujoh  
Next: 11 kes baharu positif rabies di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.