Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Semua mangsa terselamat, pertembungan lori treler, kenderaan 4WD
  • KEMALANGAN

Semua mangsa terselamat, pertembungan lori treler, kenderaan 4WD

Utusan Sarawak 1 year ago
KEMALANGAN… Kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux. FotoBBP Bintangor

BINTANGOR: Sebuah lori treler dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terlibat dengan kemalangan di Jalan Tulai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, kemalangan berlaku pada petang semalam.

“Pihak kami (bomba) menerima panggilan kecemasan sekitar 3.18 petang.

“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi, PBK II Hilary Pitre Ambit bersama empat anggota bomba bergegas ke lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kesemua mangsa berjaya keluar dari kenderaan dan telah dihantar ke hospital berdekatan.

“Tiada maklumat diperolehi berkenaan mangsa-mangsa yang terlibat dengan kemalangan.

“Kesemua mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan dan telah dihantar ke hospital berdekatan.

“Terdapat tumpahan, serpihan kaca dan serpihan kenderaan akibat kemalangan tersebut,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba bertindak menggunakan hos bantu mula, air tangki dari jentera bomba untuk membersihkan permukaan jalan.

“Operasi di lokasi selesai dalam tempoh lebih kurang 13 minit.

“Khidmat khas membersihkan tumpahan minyak dan serpihan kenderaan akibat kemalangan selesai sepenuhnya pada 3.53 petang,” katanya lagi.

Katanya, turut berada di lokasi adalah pihak polis.

Oleh Earl Anek

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Kereta rempuh pagar rumah
Next: Seorang pengsan, 16 alami pening dan pedih mata akibat tumpahan kimia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.