AIMAN RAIHAN
SIBU: Selari dengan seruan Prosedur Operasi Standard (SOP), proses nyahkuman telah dilakukan dikesemua bahagian Zuhra Hotel semalam.
Menurut Pengurus A.Z Sertu Services Dr. Syed Abdul Aziz Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce yang mengetuai proses nyahkuman di Zuhra Hotel menyatakan bahawa, proses tersebut amat bertepatan sekali dengan keperluan masa kini dimana masyarakat sedang berhadapan dengan pandemik covid-19.
“Usaha yang dilakukan oleh pihak Zuhra Hotel adalah demi kesejahteraan kesihatan dan keyakinan para pelanggan yang berhajat untuk menginap di hotel tersebut. Kini, setelah proses nyahkuman dilakukan disetiap bahagiannya, maka Zuhra Hotel telah mula beroperasi seperti sediakala,”
“Selain daripada itu, ianya juga berdasarkan Prosedur Operasi Standard pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bomba serta Majlis Keselamatan Negara dimana setiap premis perniagaan yang hendak beroperasi dikehendaki untuk melakukan proses nyahkuman di premis masing-masing,” tambah beliau.
Aziz memberitahu bahawa proses nyahkuman dilakukan dengan kaedah semburan asap yang juga dikenali sebagai ‘fogging’.