Sembilan terselamat, rumah terbakar di Tudan Desaras

Facebook
WhatsApp

MIRI: Sembilan penghuni terselamat apabila sebuah rumah terbakar  dalam kejadian di Tudan Desaras, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar 9.29 malam itu, tiada kecederaan dilaporkan walaupun kebakaran turut memusnahkan dua kenderaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis struktur kekal satu tingkat berkeluasan kira-kira 30×30 kaki persegi yang terbakar sebanyak 20 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan dua kenderaan Wira yang musnah sepenuhnya,” katanya di sini.

Henry berkata, pasukan bomba menggunakan dua aliran hos sepanjang 100 kaki dengan dua nozel bagi mengawal kebakaran, manakala sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh singkat sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.26 malam,” ujarnya

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis