Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sembilan polis terima penghargaan
  • TEMPATAN

Sembilan polis terima penghargaan

Utusan Sarawak 5 years ago
TAHNIAH… ACP Lim Meng Seah (kanan) menyampaikan sijil penghargaan tolak rasuah kepada salah seorang penerima, Sub Inspektor Thamilvanan A/L Narayan (kiri) pada majlis tersebut.

MIRI : Seramai sembilan anggota polis Bahagian Miri menerima sijil penghargaan kerana mempertahankan integriti dengan menolak rasuah.

Sijil penghargaan itu disampaikan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komsioner (ACP) Lim Meng Seah yang mewakili Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, semalam.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada anggota yang menerima sijil ini kerana menaikkan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memerangi rasuah,” kataya pada majlis tersebut.

Pada majlis sama, Lim turut menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 kepada 37 penerima yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan pegawai awam IPD Miri yang mempamerkan prestasi kerja cemerlang .

Selain itu, beliau turut menyampaikan sijil Anugerah Integriti PDRM Tahun 2020 kepada seorang penerimanya, Yanti Amir.

Lim merakamkan turut penghargaan kepada pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Miri kerana berjaya menumpaskan satu geng ragut,dua geng curi motosikal, dua geng pecah rumah dan satu geng curi kabel yang aktif baru-baru ini.

Majlis itu diakhiri dengan persembahan gimik rusuhan daripada anggota Unit Tempur Ringan (LSF) yang tamat menjalani latihan LSF semalam.

Seramai 24 anggota Unit LSF menjalani latihan berkenaan sejak 8 September lepas.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Jalan runtuh sedang dibaiki
Next: Singkap sejarah Hari Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.